Monday, March 30, 2009

Fakta Tentang Pemakaian Tali Pinggang Keladar Keselamatan Di Tempat Duduk Belakang


Kewajipan pemakaian tali pinggang di temapat duduk belakang telah dinyatakan dalam undang-undang keselamatan jalan raya. Sekiranya pengguna enggan memakai tali pinggang keselamatan boleh membahayakan nyawa orang diri sendiri dan orang lain.
kemalangan boleh berpunca dari penumpang yang duduk di belakang, dimana hentakan 2 kali ganda akan menghempap penumpang di hadapan. Oleh itu, pemandu dan penumpang perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan dan nyawa orang yang tersayang.

x Susah pun pakai..


Kan kita dah diwajibkan memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang, pakai je la, x susah pun. Kalau sayangkan nyawa diri dan orang tersayang pakai je. tak perlu tunggu polis traffik kat depan tu baru nak terhegeh-hegeh tarik tali pinggang tu...

Pull & buckle up.... tat easy right....


Sunday, February 22, 2009

Hanya tiga penumpang belakang wajib pakai tali pinggang

PUTRAJAYA 17 Jun – Pemandu kenderaan tidak akan disaman jika penumpang keempat dan seterusnya tidak memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang apabila peraturan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.

Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat berkata, ini kerana setiap kenderaan hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar di bahagian belakang seperti diwajibkan oleh kerajaan.

``Kita tetap prihatin dengan kes sebegini kerana bagi keluarga besar yang mempunyai anak ramai, mungkin kenderaan itu sahajalah yang mampu dimiliki, kita memahaminya.

``Jika dalam keadaan ini terdapat seorang anak yang tidak memakai tali pinggang berikutan tali pinggang yang ada itu untuk tiga orang sahaja, kita tidak akan kenakan tindakan penguatkuasaan tetapi jangan anggap ini untuk menggalakkan lebihan muatan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.- Utusan.

Penjelasan Terhadap Permakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang

Pelaksanaan kempen advokasi

  1. Bermula 1 Jun 2008, Kerajaan memulakan kempen advokasi pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Ianya merupakan satu pendekatan bagi melaksanakan dasar baru keselamatan jalan raya iaitu pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang, sebelum tindakan penguatkuasaan dimulakan. Kempen advokasi ini akan diadakan bagi tempoh 6 bulan.
  2. Kempen advokasi ini bertujuan untuk membiasakan orang ramai terhadap peraturan baru pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) akan mengadakan Operasi Nasihat di seluruh negara. Dalam operasi ini, mana-mana penumpang tempat duduk belakang yang didapati tidak memakai tali pinggang keledar akan diberikan nasihat (termasuklah memberikan risalah dan pelekat) berkenaan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Penguatkuasaan
  3. Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:
    1. kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
    2. kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points;
    3. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa;
    4. kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
    5. kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan. Kerajaan berhasrat melaksanakan peraturan yang sama ke atas kenderaan-kenderaan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 3(iii) dan (iv) di atas secara berperingkat-peringkat.
  4. Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun bermula dari 1 Januari 2009.
  5. Kerajaan telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan beberapa pembuat kenderaan untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan yang masih belum dipasang dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
  6. Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut.
  7. Peraturan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 sedia ada berkenaan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk hadapan adalah masih terpakai ke atas semua jenis kenderaan.

Pasangkan tali pinggang keledar, walaupun duduk di belakang

Tahukah anda, dalam kemalangan yang melibatkan kereta, luka yang paling parah dialami adalah mereka yang duduk di belakang?

Ini kerana hentaman pelanggaran akan menjunamkan penumpang yang duduk di belakang kereta ke tempat duduk depan.

Hentaman daripada keberatan seseorang penumpang di belakang begitu kuat, ia berupaya menolak mereka yang duduk di depan hinggakan terlanggar papan pemuka kereta.

Inilah bukti betapa pentingnya tali pinggang keledar belakang - kerana ia berupaya melindungi anda dari tercedera, dan juga orang lain.

Jika anda fikir hanya penumpang depan sahaja diwajibkan memasang tali pinggang keledar, cuba fikir sekali lagi. Pastikan tali pinggang keledar digunakan oleh penumpang di belakang kereta.

Bukan Sekadar hiasan